Date : 17.Febuari.2012
Location : Universiti Malaysia Sabah (Kal)
Current Status : Sesalan demi Sesalan
Assalamualaikum...dear retro...
Cak..hai hari ini hari yang sedih bagiku sebagai seorang student, sebab hari 17.2.2012 dah keluar result bagi semester lepas iaitu semester 5 tahun 3..Sungguh mengecewakan result aku, terasa mau je terjun bagunan dan balik kampung terus kawin, xmau sudah mau belajar..Aku ingatkan sem ni result aku ok..padahal huargh sedih+sedih+sedih.. rasa cam mau menangis je tadi...roomate aku dapat pointer ok je...tinggi lagi dari aku...sedih rasanye..semua kawan-kawan yang lain ok je..aku xtaw la apa salah aku. aku rasa terbaik sudah bha aku jawab semuanye sebelum ni...tapi bukan rezeki aku kali @ cara belajar aku yang silap...FIFI da cakap cara aku belajar silap so die sruh aku tukar cara belajar.. klu blh aku undur kan masa ni...aku buat baik-baik..aku ingin tunjuk kan aku pon boleh buat cam orang lain jgak...aku berjanji aku akan ubah cara aku belajar dan jadi lbh serius masa belajar, xleh dah main2 dengan pointer camni...
TEKATKAN SEMANGAT...YAALLAH TOLONG LA HAMBAMU INI............................................
Dah dapat result macam-macam reaksi kawan-kawan aku di FACEBOOK...antaranya:
- resultku nyawa2 ikan sj..huhuu....nasib takda subjek yg mo d ulang..alhmdullilh...♥....tp turun ckit....hurm..
- dun ask me abt my RESULT !!!!
- adoi result.. nada mood trus maw balik labuan.. >.<
- Alhamdulillah, im pass and no repeated subject , will gain more effort for nex sem . Labuan im coming tml ! gonna miss my family and lovely television . ! :)
- Alhamdulillah ! Aku lulus suma subjek ^_^ # sem dua ni nak ksi tinggi lgi pointer
- alhamdulillah... CGPA meningkat..pointer untuk sem lepas pun meningkat gak... semua lulus... sem last nie kena usaha lagi... :)
- Syukur Alhamdulillah wlupun xmencapai target !
- OMG ! sem dpn t'pksa kurgkn maen lg, sb sem dpn sbjek gue byk amat ! (!_!)
- aku dah agk dah,,,hmm papepown say alhamdulillah thakyou ALLAH.. for what have u give to us... agak mengecewakan walaupown CGPA naik ckit..
Alangakah bagus kan kalau experessi aku camni...YAAllah...tolong hambamu ni...Aku mau ubah cara aku belajar supaya pointer aku naik kali ni..aku nk graduate dengan pointer yg sedap mata memandang...
Ini sumber-sumber yg aku dapat dalam tenet, aku harap dapat bantu aku kali ni dan sem2 seterusnya...AMIN
PEMBAHAGIAN MASA
· Jangan melengah-lengahkan masa untuk menyiapkan sesuatu kerja. Misalnya tugasan bertulis yang diberi hendaklah diselesaikan segera. Janganlah disimpan tugasan tersebut hingga ke saat-saat akhir.
·
Mulakanlah persiapan untuk menghadapi peperiksaan, belajar bersungguh-sungguh
Bahagikan masa untuk bermain, berehat, makan, sembahyang dan tidur. Perkara-perkara ini ama
penting untuk kesihatan diri dan kestabilan emosi.
· Siapkan alat-alat kelengkapan pelajar seperti pensel, pembaris, buku teks, nota-nota dan sebagainya dengan sempurna supaya tidak membuang masa.
· Bersihkan meja dan bilik belajar dari benda-benda atau gambar-gambar yang boleh mengganggu tumpuan fikiran dari perkara yang dipelajari. Tidaklah berfaedah masa yang panjang dihabiskan untuk belajar sedangkan kesan pembelajaran itu amat sedikit.
· Gunakanlah masa untuk belajar dengan sepenuhnya. Misalnya sementara menunggu pensyarah masuk ke dewan kuliah, sementara menunggu bas atau di dlam bas dan sebagainya.
Teknik membaca
- Membaca secara BERHATI-HATI
· Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca
· Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
· Elakkan gangguan radio dan televisyen
2. Membaca secara MENYELURUH
· Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
· Jangan anggap bahagian pengenalan kurang apenting
· Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.
3. Membaca secara BERULANG-ULANG
· Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
· Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
· Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.
4. Membaca dalam SUASANA yang SELESA
· Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
· Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
· Udara sekitar mestilah mencukupi
· Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.
5. Berasa dalam KEADAAN selesa
· Duduk dengan betul
· Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
· Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.
6. Baca secara PERPERINGKAT
· Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
· Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.
7. Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca
· Gunakan kaedah 1 husband 6 wives
HOW
WHAT
WHO
WHEN
WHERE
WHICH
WHY
· Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.
8. CATATKAN isi yang dibaca
· Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
· Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.
9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
· Pastikan pen,, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
· Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
· Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
· Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
· Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.
Kemahiran mencatat nota
- Kemahiran MENDENGAR
· Digunakan semasa proses pembelajaran
· Boleh dilakukan serentak
· Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.
- Kemahiran MEMBACA LAJU.
· Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
· Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama.
· Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.
- Kemahiran MENULIS
· Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja.
· Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
· Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu.
·
- Catatkan KATA KUNCI sahaja.
· Memilih isi-isi penting sahaja.
· Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.
· Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.
- NOTA RINGKAS dan padat
· Nota yang dibuat mesti kamu fahami sendiri
· Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan kamu
· Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.
- Gunakan PERKATAAN sendiri
· Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu.
· Hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu.
· Hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis.
- Faham setiap KATA KUNCI
· Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan kamu.
· Masa akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak difahami.
Teknik Mengingat
- HAFAL isi yang dibaca
· Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.
· Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?”
- Isi DISUSUN dengan betul
· Sebutkan isi yang kamu hafal
· Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal.
- Tentukan perkara yang perlu DIINGAT
· Pastikan turutan isi betul
· Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan.
· Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember.
- UJI kemampuan daya ingatan
· Di sini kamu perlu memainkan dua watak
i- Penyoal
ii- Penjawab
· Cuba “soal” apa yang ingin kamu ingat. Kemudian jawab
· Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku.
- Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin
· Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan
· Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan
- Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca.
· Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan:
a- Sebelum tidur
b- Selepas tidur
· Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang.
- Menggunakan Kaedah AKROSTIK
· Menggunakan Kepala huruf fakta membentuk ayat
- Menggunakan Kaedah BUNYI SEAKAN
· Gantikan fakta kepada bentuk cerita
- Menggunakan Teknik PEMBAHAGIAN NOMBOR
· Bahagikan nombor yang hendak dihafal kepada beberapa bahagian.
- Praktikkan Penggunaan SISTEM IRAMA
· Tukarkan ayat atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama.
· Pilih lagu yang paling kamu gemari.
· Ingatan menjadi bertambah kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan kamu.
- Praktikkan Penggunaan SISTEM GAMBAR.
· Gambarkan objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal.
· Contoh: Kamu ingin mengingat perkataan “bank”. Kaitkan dengan gambar “duit”.
- Menggunakan KAEDAH AKRONIM.
· Menggabungkan huruf pangkal untuk membentuk satu perkataan yang perlu diingat.
MENGAMBIL PEPERIKSAAN
6.1 Persediaan
6.1.1 Mengulangkaji dengan cermat semua matapelajaran. Nota-nota ringkas perlu dibuat mengenai isi-isi penting yang dibaca.
6..1.2 Perlu dibuat jadual-ulangkaji bagi tiap-tiap matapelajaran. Ini adalah untuk mempastikan bahawa peruntukan masa yang wajar akan diberikan untuk semua matapelajaran.
6.1.3 Dalam masa membuat persediaan adalah juga amat penting menjaga kesihatan anda. Masa untuk berehat, makanan yang sempurna dan tidur yang cukup, perlulah diawasi.
6.1.4 Perlu juga menyemak contoh-contoh soalan yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.
6.1.5 Terdapat perbezaan dalam menjawab soalan objektif dan subjektif. Soalan objektif memerlukan fahaman yang mendalam, idea yang tepat dan benar. Dalam menjawab soalan subjektif , anda perlu mengetahui teknik menjawab, berhujah, berbincang dan memberi contoh yang tepat dengan gaya bahasa yang baik dan ayat yang padat.
6.1. 6 Anda perlu memiliki sikap yang positif terhadap peperiksaan. Hindarkan sikap negatif seperti takut, rasa cemas dan sebagainya. Hadapilah dengan perasaan tenang dan mempunyai penuh keyakinan diri.
6.2 Menjawab Peperiksaan
6.2.1 Bacalah semua soalan yang disediakan dalam kertas soalan peperiksaan.
6.2.2 Baca arahan yang tertulis bahagian soalan tersebut. Pastikan bilangan soalan yang perlu dijawab. Soalan wajib jangan ditinggalkan.